Pages

SAINS KEHIDUPAN DALAM PENDIDIKAN

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelaja-pelajar beberapa komponen sains kehidupan dan hubungannya dengan pendidikan . Kursus ini memberi pendedahan dalam lima komponen utama sains kehidupan seperti pekerjaan dan persekitaran, keluarga dan masyarakat, kesihatan mental, kesihatan fizikal dan emosi serta interaksi dan komunikasi anata personal. Kesemua komponen tersebut dan kepentingannya dalam membantu individu mengembangkan potensi diri agar seimbang dengan gaya hidup. Akhir sekali, diharapkan kursus ini dapat membuka minda dan kesedaran tentang peri pentingnya alam persekitaran yang perlu dijaga supaya kehidupan individu lebih harmoni dan damai dalam masyarakat.

RINGKASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan mengenalpasti tahap kepuasan pengunjung terhadap perkhidmatan diberikan sepanjang berada di lokasi kajian serta mengetahui pendapat pengunjung di sekitar tempat penginapan. Kajian ini melibatkan dua buah tempat iaitu Kem Rimba Ria dan Nur Lembah Pangsun.. Kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada 30 pelajar sekolah yang dipilih secara rawak mudah iaitu 15 orang di Kem Rimba Ria dan 15 orang lagi di Nur Lembah Pangsun. . Data-data telah dikumpul dan dianalisis melalui pakej window iaitu SPSS versi 11.5 (Statiscal Package For The Social Science) yang menggunakan kaedah statistik untuk mendapatkan data seperti min, kekerapan dan peratusan.


Kajian yang dijalankan ini semoga dapat menambahkan lagi maklumat yang berkaitan dengan tahap kepuasan dan keselesaan pengunjung terhadap perkhidmatan yang diberikan sepanjang berada di lokasi kajian serta mengetahui pendapat pengunjung di sekitar tempat penginapan. Kajian ini juga diharap dapat memberi pendedahan kepada pelajar khususnya bakal guru mengenai ilmu keusahawanan yang melibatkan sektor Pelancongan dari segi penginapan, produk perkhidmatan serta rekreasi di samping dapat mewujudkan komunikasi berkesan antara mahasiswa/i dengan masyarakat dalam sesebuah perniagaan.

STRUKTUR ORGANISASI

PENGENALAN

Sejarah pelancongan sememangnya nyata menunjukkan persekitaran sesuatu tempat memberikan sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan pelancongan rekreasi. Persekitaran yang menarik dan bersih mempunyai daya tarikan yang lebih kepada pengunjung untuk mendekatinya. Kesan kepada persekitaran seharusnya dapat dilihat dalam semua tahap pelancongan rekeasi. Keadaan persekitaran yang mempunyai iklim, flora dan fauna yang baik selalunya mempengaruhi setiap pembangunan yang akan dijalankan dikawasan tersebut. Setiap persekitaran samada secara semulajadi atau diubahsuai oleh manusia merupakan sumber asas untuk produk pelancongan. Jika tiada suasana alam yang menarik maka tidak akan ada pelancongan. Ciri-ciri alam daripada tarikan asas oleh sinaran matahari, laut dan pantai sehinggalah kepada tempat-tempat yang belum pernah manusia lalui menjadikan alam sekitar sebagai tunjang utama kepada industri pelancongan rekreasi.

Sektor pelancongan di Malaysia telah diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan sejak pertengahan tahun 1980-an. Kepesatan perkembangan industri pelancongan bermula sejak Rancangan Malaysia Kedua ekoran daripada kebimbangan pergantungan yang kuat kepada komoditi utama seperti petroleum, minyak kelapa sawit, getah asli dan kayu balak. Kini industri ini telah menjadi salah satu di antara industri terpenting yang menyumbang kepada sumber pendapatan negara iaitu menjadi penyumbang utama pendapatan wang asing negara, pendapatan pelancong, imbangan pembayaran, peluang guna tenaga, pembangunan industri sokongan (makanan, pengangkutan dan industri desa) dan pembangunan wilayah. Industri pelancongan sememangnya menjanjikan pulangan lumayan kepada sesebuah negara yang mempunyai sumber atau produk pelancongan yang pelbagai.

Namun begitu, industri pelancongan di Malaysia kini dilihat sebagai sesuatu yang dinamik, berubah dan bergerak dengan cepat dan kadangkala tanpa kita sedari. Perubahan ini bergantung kepada faktor permintaan pelancong di mana peningkatan bilangan kedatangan pelancong merupakan aset utama dalam menentukan pencapaian industri pelancongan di sesebuah destinasi.

Bentuk-bentuk rekreasi tertentu boleh dikategorikan sebagai produk pelancongan. Walaupun terdapat perdebatan tentang pertalian atau hubungan antara rekreasi dengan pelancogan, namun rekreasi dianggap sebahagian daripada pelancongan. Tanggapan ini adalah berdasarkan beberapa faktor. Pertamanya, terdapat banyak persamaan antara keduanya. Sebagai contoh, walaupun rekreasi boleh dilakukan di mana-mana sedangkan pelancongan memerlukan perjalanan ke tempat lain, kedua-duanya bermatlamatkan keseronokan, namun tetap memberikan manfaat ini melalui ‘pengalaman melihat tempat baru dan berkenalan dengan ahli perniagaan dari pelbagai latar belakang’ (Ryan, 1991 : 6). Tambahan lagi pelancongan bisnes juga sering menawarkan aktiviti waktu senggang seperti melawat tempat-tempat menarik yang tentunya bertujuan menimbulkan perasaan seronok di kalangan individu.

Kedua, penawaran rekreasi memerlukan produk (penyediaan dan penyelenggaraan tempat berekreasi seperti taman semula jadi dan taman tema, penyediaan peralatan dan kemudahan rekreasi). Begitu juga dengan pelancongan yang memerlukan peruntukan produk (penyediaan dan penyelenggaraan destinasi pelancongan, penyediaan kemudahan seperti penginapan dan sebagainya).

Jelas di sini apabila memperkatakan pelancongan, aspek yang perlu diberi penekanan adalah kewujudan pelancong, pembekal barangan ataupun perkhidmatan pelancongan, kerajaan dan juga tuan rumah destinasi yang terpilih. Dalam erti kata lain, keempat-empat elemen itu perlu terlibat dalam mewujudkan sebuah industri pelancongan. Apabila seseorang individu itu melancong, bermakna mereka adalah pelancong yang memerlukan perkhidmatan seperti penginapan dan pengangkutan. Melancong ke destinasi yang ekonominya dikawal oleh kerajaan secara tidak langsung pelancong juga mewujudkan hubungan dengan tuan rumah selaku komuniti destinasi itu.

Konsep Program Tinggal Bersama atau "Homestay Programme” adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru untuk pelancong. Di bawah program ini, pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang terpilih dan seterusnya berpeluang mengecapi cara hidup seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan Malaysia secara langsung. Melalui cara ini, pelancong akan mendapat pengalaman dan berinteraksi secara terus dengan cara hidup dan kebudayaan rakyat Malaysia. Homestay merupakan di antara cabang-cabang pelancongan desa yang dapat memperkenalkan aktiviti sukan, permainan dan kebudayaan tradisional masyarakat Malaysia.

Program Homestay diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 1988 sebagai satu usaha mempelbagaikan produk pelancongan melalui penawaran penginapan alternatif kepada pelancong. Program ini telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1995 di Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Ia adalah satu program di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan. Program ini memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati percutian yang berbeza dan murah yang mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah yang menyertai program ini dan merasai sendiri bagaimana tuan rumah menjalani kehidupan seharian mereka. Pengalaman ini dapat meningkatkan pengetahuan pelancong mengenai cara hidup dan budaya penduduk tempatan di destinasi yang mereka lawati.

Program homestay dilihat sebagai satu produk pelancongan alternatif yang berpotensi untuk mendapat sambutan memandangkan terdapat peningkatan dalam permintaan yang tinggi di kalangan pelancong antarabangsa terhadap pelancongan yang mempunyai ciri-ciri peningkatan pengetahuan, termasuk memerhati, mengalami dan mempelajari cara hidup penduduk tempatan di destinasi yang dilawati. Di samping menjadi satu produk pelancongan alternatif yang menawarkan percutian dengan harga yang rendah kepada pelancong, Program homestay juga merupakan satu strategi yang diambil kerajaan untuk meningkat dan membangunkan taraf hidup penduduk luar bandar melalui penglibatan mereka dalam perancangan dan pembangunan pelancongan. Justeru itu, program homestay juga boleh dilihat sebagai projek komuniti yang dapat memupuk perpaduan dan dalam masa yang sama dapat mendorong kearah kemajuan komuniti.

PENYATAAN MASALAH

Bersesuaian dengan matlamat kerajaan untuk melahir dan membentuk mahasiswa yang mempunyai minat yang tinggi dalam mencari potensi dalam sektor perlancongan tempatan, pelbagai usaha ke arah membuka peluang perniagaan dan keusahawanan kepada bakal usahawan, peniaga dan penduduk setempat makin giat dirancang dan dilaksanakan. Mahasiswa sepatutnya bijak mengatur langkah dan strategi bagi memastikan diri tidak terlepas peluang luas yang terbuka di mana bukan hanya tertumpu kepada bidang-bidang komersial seperti pendidikan sahaja, malah perlu sentiasa bersedia mempersiapkan diri dalam apa jua kekosongan yang memerlukan kudrat dan idea cerdik pandai dikongsi sama . Secara tidak langsung, kesedaran akan hal itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebergantungan bakal-bakal graduan dalam bidang pendidikan sendiri terhadap kementerian pendidikan.



Kini dalam sektor pelancongan telah terbukti menjadi pemangkin pembangunan negara, mampu membawa pulangan yang besar dengan perolehan hampir mencecah RM36 juta dengan ketibaan pelancong seramai 17.75 juta pada tahun 2006. Ekonomi yang dijanakan melalui sektor ini harus menjadi pulangan kepada penduduk tempatan khususnya usahawan bumiputra sendiri yang dilihat agak kebelakang jika dibandingkan dengan bangsa lain yang lebih kedepan. Hal ini seharusnya dijadikan sebagai cabaran kepada bakal-bakal graduan muda yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan berasaskan pelancongan, mengguna pakaikan ilmu pengetahuan yang dipelajari di alam kampus dalam suasana realiti kehidupan sebenar.



Walau bagaimanapun, isu yang sering dipertikaikan adalah sejauhmana keberkesanan serta kejayaan tenaga usahawan tempatan dalam perancangan dan pelaksanaan industri pelancongan khususnya yang melibatkan pengurusan homestay, chalet dan sebagainya. Sekiranya industri pelancongan tempatan dilihat sebagai sesuatu yang akan memanfaatkan penduduk tempatan, maka ia juga seharusnya berkait dengan respon penduduk tempatan, penglibatan dan juga sokongan mereka. Lebih daripada itu, perancangan pelancongan yang dilakukan dan tersedia ada juga dilihat tidak mengambil kesediaan yang sepatutnya dan cuai dalam menitikberatkan soal penambahbaikan terhadap pengurusan dan perkhidmatan yang ditawarkan dari pelbagai aspek . Sekiranya hal tersebut tidak diambil kira, ia akan menjejaskan kualiti penganjuran acara tersebut pada masa akan datang.



Walau bagaimanapun, pendedahan awal perlu diberikan terutama kepada mana-mana pelajar tahun akhir yang akan berkhidmat sebagai seorang guru yang mempunyai kepelbagaian ilmu serta kemahiran dalam kehidupan. pendedahan awal kepada mahasiswa/i Universiti dalam membentuk dan melahirkan graduan yang berketerampilan dalam semua bidang termasuk dalam ilmu keusahawanan dan khidmat sosial serta interaksi antara personal.



Dengan permasalahan yang dibentangkan diharap kajian dapat menganalisis isu yang berkaitan dan mencadangkan idea-idea bernas untuk dimanfaatkan bersama sejajar usaha menjadikan industri pelancongan khususnya yang melibatkan usahawan tempatan dalam pengurusan homestay sebagai salah satu kegiatan ekonomi yang penting. Berdasarkan kepada permasalahan tersebut, maka satu kajian telah dijalankan untuk melihat sejauhmana potensi sektor pelancongan penduduk tempatan khususnya sekitar Hulu Langat.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauhmana pengurusan yang diwujudkan oleh pengusaha dalam membangunkan dan memperkenalkan homestay yang mereka usahakan. Pengkaji juga ingin mengkaji adakah wujud perbezaan antara Kem Rimba Ria dan Nur Lembah Pangsun dalam pengurusan homestay mereka. Di samping itu, pengkaji ingin mengkaji tahap kepuasan pengunjung terhadap perkhidmatan yang diberikan dan ingin mengetahui persepsi pelancong di sekitar tempat penginapan tersebut.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa objektif berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, iaitu:

  1. Mengenalpasti pengurusan homestay di Kem Rimba Ria dan Nur Lembah Pangsun.
  2. Menilai persepsi pelancong mengenai perkhidmatan dan tahap kepuasan mereka di homestay tersebut.
  3. Mengenal potensi sektor pelancongan penduduk tempatan sekitar Hulu Langat.
  4. Mewujudkan komunikasi berkesan antara mahasiswa/i dengan masyarakat setempat.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul. Di antaranya adalah seperti berikut:

  1. Adakah pengurusan homestay Kem Rimba Ria dan Nur Lembah Pangsun dilaksanakan secara sistematik?
  2. Apakah persepsi pelancong mengenai perkhidmatan dan tahap kepuasan mereka di homestay tersebut?
  3. Bagaimanakah potensi sektor pelancongan penduduk tempatan sekitar Hulu Langat?
  4. Adakah wujud komunikasi antara mahasiswa/i dengan penduduk setempat?

KEPENTINGAN KAJIAN

  1. Memperkenalkan tempat menarik di kawasan Hulu Langat
  2. Mempromosikan Kem Rimba Ria dan Nur Lembah Pangsun
  3. Memberikan maklumat kepada pengusaha Kem Rimba Ria dan Nur Lembah Pangsun tentang persepsi pengunjung terhadap pengurusan dan kepuasan mereka di tempat tersebut.
  4. Membantu pengusaha memberikan idea untuk menaik taraf dan melakukan penambahbaikan di Kem Rimba Ria dan Nur Lembah Pangsun.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah terbatas kepada perkara-perkara yang dinyatakan seperti berikut:

  1. Kajian yang dijalankan ini hanya dihadkan di Kem Rimba Ria dan Nur Lembah Pangsun sahaja.
  2. Ia terbatas kepada pengunjung-pengunjung di kedua-dua homestay tersebut yang terletak di daerah Hulu Langat, Selangor.
  3. Kajian ini melibatkan pengusaha-pengusaha homestay Kem Rimba Ria dan Nur Lembah Pangsun dan seramai 30 orang pengunjug dijadikan sebagai sampel kajian.
  4. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan pengedaran borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji.
  5. Tumpuan kajian hanyalah terhadap aspek-aspek berkaitan perbandingan dari segi sistem promosi, kemudahan & potensi serta penambahbaikan dalam sistem pengurusan antara homestay di sekitar Hulu Langat.

SKOP KAJIAN

  1. Kajian ini bukanlah satu kajian menyeluruh kerana kajian ini hanya menumpukan kepada perbandingan antara dua homestay di daerah Hulu Langat sahaja.
  2. Pengakaji memilih 30 orang responden iaitu 20 orang pelancong dan 10 orang penduduk tempatan. Oleh itu hasil kajian ini sesuai untuk menggambarkan persepsi responden di kawasan kajian sahaja. Hasil kajian ini juga tidak boleh digeneralisasikan kepada mana-mana kawasan homestay lain secara umum kerana melalui peredaran masa akan berlaku perubahan dari segi persepsi, cita rasa, minat dan pasaran.
  3. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini direkabentuk oleh pengkaji sendiri kerana tidak banyak wujud garis panduan soalan-soalan yang khusus.
  4. Kualiti dapatan kajian ini adalah bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran jawapan yang diberikan oleh responden.

DEFINISI KONSEP

Industri

Menurut Kamus Dewan (2000) industri merupakan perusahaan yang dijalankan secara besar-besaran.


Pelancongan

Pelancongan merupakan pergerakan sementara oleh manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya, kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk penuhi keperluan (Mathieson & Wall 1991). Kamus Dewan (1994) pula, pelancongan membawa makna pergi melawat, bersenang-senang atau melihat-lihat di sesuatu destinasi. Manakala menurut Hudman & Hawkins (1989), pelancongan adalah suatu interaksi antara pelancong, perkhidmatan, dan perniagaan yang ditawarkan kerajaan di negara asalpelancong dan kerajaan di negara yang menjadi destinasi masyarakat umum.

Suatu definisi lengkap yang sudah dan masih diguna pakai dalam memahami erti pelancongan sebenar yang dibariskan oleh McIntosh dan rakan-rakan (1995). Menurut mereka, “Pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibat daripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selaku tuan rumah dalam proses menarik pelancong dan pelawat asing.” Secara tidak langsung, definisi ini menjelaskan pelancongan adalah lawatan atau pengembaraan ke suatu tempat lain dalam tempoh semalam, bertujuan berhibur, berehat, berniaga dan sebagainya.

Malah, definisi ini juga menekankan wujudnya empat elemen utama dalam pengertian pelancongan iaitu:

  1. Pelancong: Mereka yang keluar ke suatu destinasi lain bagi beberapa tujuan.
  2. Perniagaan: Mereka yang terlibat dengan membekalkan barangan ataupun perkhidmatan dalam industri pelancongan di samping memenuhi permintaan pelancong.
  3. Kerajaan: Mereka yang terlibat dalam memenuhi ekonomi sama ada berbentuk pendapatan tuan rumah ataupun pendapatan hasil daripada kedatangan pelancong.
  4. Tuan rumah: Mereka yang terlibat secara langsung dengan destinasi terpilih di samping menjaga budaya masyarakat destinasi itu.

Rekreasi

Seabrooka dan Mites (1993), kegunaan tanah untuk rekreasi bermakna aktiviti-aktiviti yang spesifik dan menyenangkan yang meliputi aktiviti rekreasi informal di kawasan desa dan aktiviti rekreasi yang lebih formal di bandar seperti Kompleks Sukan atau gambling casino yang bertujuan untuk menyenangkan hati dan mencari kepuasan.

Rodny (1981) mendefinisikan rekreasi sebagai aktiviti-aktiviti yang dilakukan tanpa paksaan dan hasil daripada aktiviti ini berupaya menghiburkan dan membawa kepuasan kepada individu yang melakukannya. Gold (1980) pula mengatakan di mana rekreasi dapat dibahagikan kepada 4 kategori uatama. Pertama rekreasi fizikal, iaitu aktiviti masa lapang yang memerlukan usaha yang gigih dan tenaga fizikal. Kedua ialah rekreasi sosial yang memerlukan penglibatan sosial yang lebih ketara dalam aktiviti rekreasi. Ketiga rekreasi kognitif termasuk kebudayaan, pengetahuan dan aktiviti-aktiviti kreatif atau yang mementingkan aspek seni dan keindahan. Kategori terakhir ialah rekreasi berhubung alam sekitar yang memerlukan penggunaan sumber semulajadi seperti air, pemandangan alam sekitar, tumbuh-tumbuhan atau kehidupan liar yang dapat memenuhi perancangan dalam aspek-aspek ruang dan tapak dalam sesuatu projek.

Perkataan rekreasi berasal dari perkataan Latin recreatio, yang bermaksud “sesuatu yang menyegarkan dan menyembuhkan”. Ianya dilakukan di waktu senggang. Menurut John Hutchinson (1951) dalam tulisan beliau yang diterbitkan dalam Ronald Press, New York : “Rekreasi adalah satu pengalaman bersenggang yang diterima ramai dan bermanfaat dalam memberikan kepuasan dalaman yang cepat kepada individu yang melakukannya dengan rela hati” . (hlm : 5)

Berdasarkan kedua-dua sebab ini, maka istilah rekreasi dan pelancongan dianggap berkaitan antara satu sama lain. Jika dilihat dari sudut yang lebih terperinci, rekreasi sebenarnya satu bentuk aktiviti atau pengalaman. Pelbagai definisi telah diberikan, antaranya oleh Newmeyer dan Newmeyer (1958) yang mendefinisikan rekreasi sebagai ‘aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam waktu senggang, secara bersendirian atau berkumpulan, yang bercirikan kebebasan dan keseronokan, mempunyai tarikan tersendiri, tidak tercemar dengan ciri-ciri seperti habuan atau pun keperluan yang serta-merta’.

Bagaimanapun rekreasi dapat didefinisikan sebagai aktiviti atau pengalaman yang berlaku apabila seseorang mengisi masa sengganggnya secara sukarela sama ada untuk mencapai matlamat peribadi atau pun sosial. Ia juga boleh dikemukan sebagai ‘keadaan emosi yang terhasil daripada penyertaan’ atau sebagai ‘institusi sosial’ (perkhidmatan profesional atau perniagaan).

Pengertian atau definisi-definisi lain untuk rekreasi juga telah mengambil kira lima elemen iaitu pertamanya, bahawa rekreasi merupakan satu aktiviti (termasuk aktiviti berbentuk fizikal, sosial dan penglibatan emosi) berbanding dengan rehat dan lepak. Keduanya, bahawa rekreasi melibatkan banyak bentuk aktiviti termasuk sukan, permainan (games), kraftangan, pertunjukan bakat, muzik, drama, perjalanan atau melancong, hobi dan aktiviti sosial. Ketiganya, bahawa aktiviti rekreasi adalah berdasarkan pilhan individu secara rela dan dilakukan tanpa sebarang bentuk paksaan. Keempatnya, bahawa rekreasi bermula dari motivasi dalaman dan keinginan untuk mencapai kepuasan diri, bukannya habuan atau laba atau untuk mencapai sesuatu matlamat ekstrinsik. Dan kelimanya bahawa rekreasi adalah bergantung kepada persepsi yang penting bukanlah apa yang dilakukan atau mengapa, tetapi ada perasaan seseorang individu tersebut apabila melakukannya.

Wednesday, April 7, 2010

NUR LEMBAH PANGSUN

NUR LEMBAH PANGSUN

Memandang keindahannya menambah kesegaran jiwa. Fikiran yang tersimpul kusut terungkai lurus. Perasaan yang kacau dan kecewa terbantu pulih. Tubuh yang telah dibelenggu rutin kehidupan kota kembali ringan dan bertenaga.

Inilah manifestasi diri dekat dengan alam. Jiwa kembali segar kerana hati terasa hampir dengan Tuhan Maha Pencipta.

Semuanya milik anda, dengan hanya 30 minit perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur. Terbentang di atas tanah seluas 20 ekar, Nur Lembah Pangsun menawarkan suasana hijau yang menyegarkan.


PROGRAM MENARIK YANG DITAWARKAN


- Program Motivasi dan Induksi- Pengembaraan Hutan / Jungle Tracking

- Perkhemahan, BBQ dan Unggun Api

- Jamboree Remaja TV3

- Sukan lasak (eco-challenge)

- Wall Climbing

- Absailing

- Flying Fox

- Memanjat Gunung

- Larian Berhalangan

- XPDC sungai dengan rakit dan kayak

- War Games

- Paintball



- Kursus, Seminar & Persidangan

- Hari Keluarga & Alumni gathering

- Khemah Kesedaran Alam Sekitar



ANTARA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

- Casa De Palma (Tempat penginapan)

- Penginapan Chalet VIP

- Penginapan Chalet

- Penginapan Asrama / dormitori

- Apache Camp (Tapak Perkhemahan)

- Mini Stadium

- Dewan Kuliah berhawa dingin

- Dewan terbuka pelbagai guna

- Surau

- Dataran Sukaneka

- Wall Climbing

- Paintball Arena

- Flying Fox

- Kafeteria

- Laluan Berhalang (Obstacle)

- Dusun Buah-buahan

- Lapangan BBQ

- Khidmat Pertolongan Cemas

- Kawalan Keselamatan

- Kolam Renang / Kolam Memancing

PELANGGAN























PROSEDUR TEMPAHAN

LANGKAH 1 - NYATAKAN MAKLUMAT DIRI

Sila serahkan kad perniagaan atau nyatakan maklumat berikut kepada kami:
Nama Penuh
Nama Syarikat, Jabatan dan alamat surat menyurat
No. Telefon (& samb.) serta no. telefon bimbit
Maklumat lain yang berkaitan


LANGKAH 2 - DAPATKAN SEBUTHARGA

Semak brosur pakej yang ditawarkan oleh Nur Lembah Pangsun
Nyatakan keperluan program pelanggan
Lengkapkan borang PERINCIAN TEMPAHAN
Dapatkan SEBUTHARGA untuk rujukan tuan


LANGKAH 3 - SAHKAN TEMPAHAN

Lengkapkan BORANG PENGESAHAN TEMPAHAN
Kembalikan SALINAN ASAL borang PENGESAHAN TEMPAHAN kepada kami
Jika menggunakan surat rasmi syarikat, isi kandungannya mesti SERUPA dengan borang
PENGESAHAN TEMPAHAN Nur Lembah Pangsun

LANGKAH 4 - BAYAR DEPOSIT

Bayar deposit 50% daripada jumlah harga dengan secepat mungkin
Jika program ditangguh atau batal, deposit tidak akan dikembalikan


LANGKAH 5 - LAKSANAKAN PROGRAM

Jalankan program menggunakan kemudahan yang telah diluluskan di PERINCIAN TEMPAHAN
Sebarang perbezaan daripada PERINCIAN TEMPAHAN akan dikenakan caj berasingan


LANGKAH 6 - LUNASKAN BAYARAN

Dapatkan Inbois
Lunaskan semua bayaran SEBELUM check-out jika tiada tarikh
lain dinyatakan secara bertulis oleh pihak Nur Lembah Pangsun


SEKIRANYA BERMINAT

Hubungi:

NUR LEMBAH PANGSUN
Training Camp & Eco Resort
Batu 19 3/4 UluPerdik,
41300 Hulu Langat,
Selangor, Malaysia .

Tel : 03 90217387 / 03 90217367
Fax : 03 90217389
H/p: 019-3124678 (Ibrahim), 012-9057389 (Office)
Email : nlp@pangsun.com / nurnlp@yahoo.com



3 comments:

  1. Salam Admin.. nk tnye laaa.. admin nak beli tanah x di Sg Lui .. sbb disitu tanah nye boleh dibuat homestay.. klu admin berminat boleh call sy di 010 293 9692 izudeen

    ReplyDelete
  2. salam..sy ada potential buyer yg berminat untuk membeli tanah di nur lembah pangsun untuk didirikan resort..bajet buyer bawah rm13juta..jika ada boleh terus hubungi sy ditalian 0133117008 zul..tq

    ReplyDelete